Pengawal Revolusi ialah pasukan keselamatan paling berkuasa di Iran.
Pengawal Revolusi ialah pasukan keselamatan paling berkuasa di Iran.
Reuters

IRAN menjanjikan tindak balas keras jika Amerika Syarikat melabelkan Pengawal Revolusi sebagai kumpulan pengganas.

Ancaman Iran itu dibuat seminggu sebelum Presiden Donald Trump mengumumkan keputusan akhirnya mengenai cara ‘mengendalikan’ Iran.

Selepas itu, Kongres mempunyai masa 60 hari membuat keputusan sama akan meneruskan sekatan terhadap Iran berikutan program nuklear Iran.

Trump juga dijangka melabelkan pasukan keselamatan paling berkuasa Iran, Revolutionary Guards Corp (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas.

“Kami berharap Amerika tidak akan membuat kesilapan strategik ini.

“Jika mereka melakukannya, tindak balas Iran akan tegas dan Amerika perlu menanggung akibatnya” kata jurucakap kementerian luar Iran, Bahram Qasemi, kepada agensi berita rasmi negara itu, IRNA.

Setakat ini, individu dan rakan sekutu IRGC sudah disenaraikan Amerika sebagai pertubuhan pengganas namun IRGC belum dimasukkan dalam senarai itu.

Pemerintah IRGC, Mohammad Ali Jafari, berkata: “Jika berita itu benar, mengenai kebodohan kerajaan Amerika menganggap Pengawal Revolusi sebagai pertubuhan pengganas, kami akan menganggap tentera Amerika seperti Negara Islam (IS) di seluruh dunia.

bagai

Menurut Jafari, sekatan berterusan akan menutup peluang rundingan lanjut dan Amerika Syarikat perlu memastikan tenteranya di rantau Teluk berada sekurang-kurangnya jarak 2,000 kilometer, di luar jarak peluru berpandu IRGC.

Qasemi juga menafikan dakwaan Amerika bahawa Iran bekerjasama dengan Korea Utara.

“Israel dan beberapa negara tertentu membangkitkan tuduhan itu bagi mencipta Iranophobia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Oktober 2017 @ 9:50 PM