GAMBAR diedarkan Institut Pertahanan Awam Kebangsaan Peru menunjukkan kerosakan akibat tanah runtuh di hotel berkenaan. - AFP
GAMBAR diedarkan Institut Pertahanan Awam Kebangsaan Peru menunjukkan kerosakan akibat tanah runtuh di hotel berkenaan. - AFP
AFP

LIMA: Seramai 15 orang maut selepas tanah runtuh merempuh sebuah hotel ketika majlis perkahwinan di tenggara Peru.

Datuk Bandar Abancay, Evaristo Ramos memberitahu radio RPP: “Tanah runtuh merempuh tembok hotel dengan kuat.”

Katanya, kira-kira 100 tetamu dijemput untuk majlis perkahwinan pada lewat Sabtu lalu (waktu tempatan), dengan 15 orang maut manakala 34 cedera.

Bomba, polis dan penduduk berusaha sepanjang malam untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah puing serta runtuhan.

Pihak berkuasa berkata, Hotel Alhambra itu dibina berhampiran lereng bukit, dan tembok penghadang tumbang selepas tanah runtuh merempuh bangunan berkenaan dan mengakibatkan bumbung roboh ke atas tetamu majlis berkenaan.

Orang ramai yang mencari keluarga yang hilang dinasihatkan pergi ke pusat kesihatan berhampiran untuk mengenal pasti mangsa yang mungkin sudah ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 January 2019 @ 10:09 AM