Ellie Suriaty.
Ellie Suriaty.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur : Pelakon, Ellie Suriaty, 53, mementingkan keserasian jika ada lelaki yang ingin mendekati dan mengenalinya sebagai pasangan hidup.

Ellie yang juga bekas isteri pelakon, Azri Iskandar berkata, tumpuannya juga kini adalah kepada kerja dan anak-anak.

"Saya fokus kepada anak-anak dan kerjaya. Pada saya, pentinglah kalau orang yang nak mendekati itu untuk ada keserasian. Kalau kita tak ada 'rasa' dekat dia, macam mana," katanya.

Menurut Ellie, dia juga adalah seorang individu yang jarang keluar dari rumah sekiranya tidak ada urusan berkaitan kerja.

"Saya hanya keluar rumah untuk urusan kerja. Jadi, nak jumpa orang macam mana. Untuk sekarang saya fokus anak-anak dan kerjaya," katanya.

Kini, Ellie sedang membantu menguruskan persiapan untuk majlis perkahwinan bekas suaminya dengan bakal isteri, Datuk Noora Kay.

Ellie dan Azri bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun berumah tangga.

Perkahwinan mereka dikurniakan dua anak iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 32, Farah Qistana, 30, dan Nur Anis Mastura, 28.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2024 @ 10:55 AM