SNOOP Dogg mengucapkan tahnaih kepada dirinya sendiri. FOTO/AGENSI
SNOOP Dogg mengucapkan tahnaih kepada dirinya sendiri. FOTO/AGENSI
Reuters

LOS ANGELES: Bintang rap California, Snoop Dogg, menerima penghormatan Hollywood Walk of Fame semalam, dengan meraikan pengiktirafan itu dengan mengucapkan terima kasih kepada dirinya sendiri.

Pemuzik dan bintang televisyen berpasangan dengan celebriti terkenal, Martha Stewart, ‘Martha and Snoop’s Potluck Dinner’ - dianugerahkan penghormatan itu sempena ulang tahun ke-25 album pertamanya, ‘Doggystyle’.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada diri sendiri kerana mempercayai saya, berusaha keras, tidak berhenti, selalu memberi dan cuba memberi lebih daripada apa yang saya dapat, melakukan lebih banyak perkara betul daripada salah, saya berterima kasih kepada diri sendiri kerana menjadi saya setiap masa,” kata penyanyi ‘Drop It Like It’s Hot’ itu pada majlis berkenaan.

Snoop, 47, mencipta kejayaan awal sebagai bintang rap sebelum menjadi pelakon filem dan televisyen dalam siri seperti ‘Starsky & Hutch’ dan ‘Training Day’ dan sebagai produser televisyen.

Beliau turut meneroka muzik raggae dan gereja, selain terselamat daripada undang-undang berhubung pemilikan dadah dan senjata, dan bulan lalu menerbitkan buku masakan pertama, ‘From Crook to Cook’.

“Snoop ialah bakat asli. Tiada siapa kedengaran sepertinya.

“Gaya dan karisma beliau membuatkan saya rasa beliau ditakdirkan menjadi superstar,” kata produser rekod, Dr Dre, yang menerima album ‘Doggystyle’ pada 1993.

Snoop memenangi pelbagai anugerah muzik tetapi tidak pernah memperoleh Grammy.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 November 2018 @ 11:34 AM