ORTIZ bersembunyi di tempat letak kenderaan Laredo. FOTO/AFP
ORTIZ bersembunyi di tempat letak kenderaan Laredo. FOTO/AFP
Reuters

TEXAS: Polis menangkap ejen Peronda Sempadan veteran Amerika Syarikat, yang disyaki membunuh empat wanita dalam masa dua minggu dan menculik seorang lagi.

Juan David Ortiz, 35, yang bekerja dengan Peronda Sempadan semalam sedekad, ditemui bersembunyi di tempat letak kenderaan Laredo selepas yang didakwa diculiknya berjaya melarikan diri dan membuat laporan kepada pegawai penguat kuasa undang-undang, lapor media.

“Kami rasa usaha berjaya mengumpulkan bukti kukuh terhadap pembunuh itu.

“Masyarakat selamat daripadanya,” kata Sherif Daerah Webb, Martin Cuellar, dalam kenyataan.

Ortiz didakwa secara rasmi semalam.

Nama empat mangsa berkenaan tidak diedahkan. Menurut laporan media di Laredo yang terletak 240 kilometer ke barat daya San Antonio, mereka ialah pelacur.

Mayat dua wanita ditemui awal bulan ini di Interstate 35 di pedalaman barat layt Webb, manakala mayat ketiga dan keempat ditemui di kawasan sama hujung minggu ini.

Pegawai kanan Perlindungan Kastam dan Sempadan AS, Andrew Meehan, berkata dalam kenyataan bahawa agensinya bekerjasama penuh dengan penyiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 September 2018 @ 11:09 AM