SEEKOR lembu jantan mengejar peserta larian dalam festival di tengah Sepanyol. FOTO EPA
SEEKOR lembu jantan mengejar peserta larian dalam festival di tengah Sepanyol. FOTO EPA
Agensi

MADRID: Seorang lelaki berusia 62 tahun maut akibat ditanduk lembu jantan dalam satu festival larian lembu di Cuellar, tengah Sepanyol pada Khamis lalu, kata pihak berkuasa.

Datuk Bandar Cuellar, Carlos Fraile memberitahu media, lelaki itu cedera di dada dan leher akibat ditanduk lembu itu serta tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan mangsa.

Polis berkata, lelaki itu hanya penonton di festival berkenaan dan tidak menjadi peserta serta berlari di hadapan beberapa lembu yang dilepaskan.

Bagaimanapun, lelaki itu secara tidak sengaja ditolak ke jalan dan terus diserang lembu berkenaan.

Sepanyol terkenal dengan larian lembu yang diadakan di seluruh negara ketika musim panas.

Beratus-ratus peserta termasuk pelancong asing mengambil bahagian berlari di hadapan lembu di jalan raya.

Sekurang-kurangnya 16 terbunuh dalam festival larian lembu sejak ia mula direkodkan pada 1911 dan kematian terakhir dicatatkan pada 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 7:01 AM