PENDUDUK di perkarangan rumah yang musnah akibat empangan pecah berhampiran Solai. FOTO EPA
PENDUDUK di perkarangan rumah yang musnah akibat empangan pecah berhampiran Solai. FOTO EPA
AFP

Sekurang-kurangnya 27 orang maut apabila rumah mereka dihanyutkan air deras dalam kejadian empangan pecah di selatan Kenya, kata polis hari ini.

Menurut ketua polis serantau, Gideon Kibunjah berkata, empangan persendirian Patel, yang digunakan bagi tujuan pengairan dan penternakan ikan, pecah petang semalam di Solai, Nakuru yang terletak kira-kira 180 kilometer Barat Laut Nairobi, Kenya.

“Misi mencari serta menyelamat sedang berjalan dan lebih banyak mayat sudah ditemui. Jumlah kematian kini mencecah 27.

“Ia adalah satu tragedi kerana sebahagian besar mangsa sedang tidur sewaktu ia berlaku, iaitu ketika kediaman mereka dihanyutkan air,” katanya.

Katanya, 36 penduduk telah dimasukkan ke hospital.

Seorang pegawai kanan polis ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, seorang pekerja keselamatan menghabiskan keseluruhan malam mencari di sebalik runtuhan rumah untuk mencari mencari mayat kesemua mangsa, tetapi hanya mampu berbuat demikian pada sebahagian kawasan.

“Kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang tidak mampu melarikan diri dengan cepat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mei 2018 @ 11:22 PM