Dini (kiri) bersama telefon baru menggantikan telefonnya yang rosak digilis kereta Jokowi. - Foto Tribun News
Dini (kiri) bersama telefon baru menggantikan telefonnya yang rosak digilis kereta Jokowi. - Foto Tribun News
Agensi

PRESIDEN Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menggantikan telefon seorang pelajar yang rosak akibat digilis kereta pemimpin itu ketika satu majlis di Depok, Jawa Barat, minggu lalu.

Kejadian berlaku apabila ratusan pelajar mengerumuni keretanya sewaktu beliau mahu memasuki kenderaan berkenaan ketika menghadiri majlis penyampaian bantuan kepada penduduk.

Menurut laporan Tribun News, seorang pelajar, Dini dan rakannya Vira berswafoto ketika Jokowi membuka tingkap kereta, namun telefonnya terjatuh dan digilis kereta Mercedes-Maybach S600 Pullman Guard.

Berikutan itu, seorang anggota pengiring presiden membawa mereka ke kedai telefon di Depok untuk membelikan telefon baru buat Dini.

Telefon pintar Xiaomi Redmi 2 yang rosak diganti dengan model baru, Xiaomi Redmi 4a.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2018 @ 10:05 PM