Xiaomi Redmi Note 11 cipta sejarah tersendiri dengan lebih 6,500 unit terjual dalam 24 jam di Malaysia.
Xiaomi Redmi Note 11 cipta sejarah tersendiri dengan lebih 6,500 unit terjual dalam 24 jam di Malaysia.
Suliati Asri


Kuala Lumpur: Telefon pintar terbaharu Xiaomi, Siri Redmi Note 11 berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila lebih 6,500 unit terjual hanya dalam tempoh 24 jam di Malaysia.

Pengurus Negara Xiaomi Untuk Malaysia dan Singapura, Nicolas Shi berkata, pihaknya sangat berterima kasih kepada pelanggan dan peminat atas sokongan terhadap siri Redmi Note 11 terbaru itu.

"Menyahut cabaran untuk membawa spesifikasi dan ciri yang lebih kukuh, ciri pada siri Redmi Note 11 kini dipertingkatkan dari segi sistem kamera, kelajuan pengecasan, paparan dan SoCnya.

"Redmi Note 11 ini dijual pada harga sangat berpatutan sekali gus menjadikan ia telefon pintar dengan prestasi siri perdana kini lebih mampu untuk dimiliki," katanya.

Untuk meneruskan momentum pelancaran Siri Redmi Note 11, Xiaomi akan mengadakan jerayawara di tiga lokasi berbeza di tiga negeri yang berlangsung sehingga 27 Februari iaitu di Sunway Pyramid (LG2 Orange Concourse), Selangor, QueensBay Mall (Centre Court), Pulau Pinang dan Aeon Tebrau City (West Court), Johor.

Menariknya, sepanjang jerayawara itu pelanggan berpeluang menerima hadiah eksklusif bernilai RM457 termasuk baucar Xiaomi AIoT ekslusif bernilai RM100, sepasang Redmi Buds 3 Lite, Mi Smart Scale 2, bag tote kanvas dan selimut bantal untuk setiap pembelian.

Justeru, bagi mereka yang ingin membeli telefon pintar siri Redmi Note 11 terbaru ini, boleh berbuat demikian di jerayawara ini.

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti dan pengalaman menyeronokkan serta hadiah premium untuk dimenangi menanti semua pengunjung.

Bagi menjaga keselamatan semua, Xiaomi sentiasa mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Oleh itu, semua pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial yang selamat.

Xiaomi juga akan sentiasa mengemas kini maklumat dan promosi mereka di halaman Facebook Xiaomi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Februari 2022 @ 12:59 PM