KERETA berkepala dua dihasilkan Roni kini tidak boleh dipandu atas jalan raya. - AFP
KERETA berkepala dua dihasilkan Roni kini tidak boleh dipandu atas jalan raya. - AFP
HM Digital

Jakarta: Selepas bersusah payah lebih tiga bulan membina ‘kereta berkepala dua,’ seorang mekanik di Indonesia diarahkan pula supaya tidak memandunya di jalan raya kerana tiada permit sah untuk mengubah suai kenderaan.

Roni Gunawan membina kereta ‘berkepala dua’ itu dengan bantuan rakannya di Bandung, Jawa Barat apabila mencantumkan dua bahagian depan kereta Toyota Limos satu sama lain.

Kenderaan yang mengambil kira-kira tiga bulan setengah untuk dibina itu masing-masing mempunyai dua enjin, stereng dan pedal.

Menurut Roni, ciri-ciri yang ada padanya itu membuat ia senang untuk diparkir.

Bagaimanapun, impian lelaki berusia 71 tahun itu untuk melihat keretanya dipandu di jalan raya musnah apabila pihak berkuasa tempatan berkata, dia tiada permit sah bagi mengubah suai kenderaan itu.

Walaupun begitu Roni berjanji melakukan sedaya upaya supaya rekaannya itu boleh digunakan di jalan raya satu hari nanti.

“Saya tidak akan membuat yang kedua. Ia yang terbaru di Indonesia - kereta dengan dua kepala dan dua mesin,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2018 @ 11:02 AM