Petikan rakaman banduan melarikan diri dari penjara di Brazil selepas memotong jeriji besi. - Foto Daily Mirror
Petikan rakaman banduan melarikan diri dari penjara di Brazil selepas memotong jeriji besi. - Foto Daily Mirror
Agensi

SERAMAI 11 banduan dirakam melarikan diri dari penjara di Brazil selepas memotong jeriji besi.

Rakaman dramatik itu menunjukkan banduan menyelitkan badan di celah jeriji besi dan melarikan diri dengan dikejar wardar.

Video itu dirakam menggunakan telefon bimbit banduan lain di Pusat Tahanan Aparecida de Goiania Correctional Facility di Luiziania, berhampiran Brasilia.

Daily Mirror melaporkan, menurut pihak berkuasa, banduan yang ditugaskan mencuci sel tahanan menggunakan sejenis alat untuk memotong jeriji besi.

Kebanyakan penjenayah yang melarikan diri juga mewarnakan seragam putih mereka dengan jus supaya kelihatan merah jambu, seperti pakaian kakitangan penjara ketika melarikan diri pada waktu riadah.

Tidak diketahui kenapa banduan yang merakam kejadian itu tidak turut menyertai mereka.

Seorang banduan yang cedera akibat tergelincir, berjaya ditangkap semula namun banduan lain masih belum ditemui.

Jurucakap penjara mengesahkan kejadian itu dengan 10 lelaki masih hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 10:53 PM