Selama 11 minit akaun @realdonaldtrump tidak boleh diakses selepas akaun itu dimatikan oleh pekerja Twitter yang berhenti kerja.
Selama 11 minit akaun @realdonaldtrump tidak boleh diakses selepas akaun itu dimatikan oleh pekerja Twitter yang berhenti kerja.
Agensi

AKAUN Twitter Presiden Amerika Syarikat Donald Trump's @realdonaldtrump ‘mati’ selama 11 minit selepas dihentikan oleh pekerja Twitter Inc berhenti daripada syarikat itu hari ini.

Reuters melaporkan, akaun Trump yang mempunyai 41.7 juta bagaimanapun diaktifkan semula selepas masalah itu dikesan.

“Siasatan mendapati ia dilakukan pekerja bahagian sokongan pelanggan Twitter pada hari terakhir dia bekerja. Kami sedang menjalankan siasatan dalaman yang rapi bagi mengelak ia berulang,” kata Twitter.

Daily Mail melaporkan berikutan kejadian itu, akaun Trump lenyap selama 11 minit mulai kira-kira 7 petang waktu tempatan menyebabkan tiada siapa boleh mencari akaun berkenaan atau membaca status yang disiarkan.

Bagaimanapun, akaun rasmi Trump sebagai presiden tidak terjejas.

Ratusan pengguna Twitter memuat naik komen reaksi gembira mereka di media sosial terhadap kejadian itu.

Antaranya “Kami semua akan ingat tempoh damai 10 minit ketika akaun Twitter Donald Trump tiada”, kata seorang pengguna.

Akaun @realdonaldtrump itu terbukti berkesan dan penting kepada Trump untuk berhubung dengan dunia luar, terutama menepis kritikan terhadapnya.

Trump mula menggunakan Twitter sejak Mac 2009 dengan tweet pertamanya mempromosi penampilannya dalam pertunjukan Late Show with David Letterman.

Sejak itu, beliau menghantar 36,000 tweet dengan purata 12 kali sehari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2017 @ 5:25 PM