DONALD Trump. FOTO AFP s
DONALD Trump. FOTO AFP s
BERNAMA

New York: Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengemukakan permohonan di mahkamah persekutuan untuk memaksa Twitter membuka semula akaun miliknya.

Trump memfailkan permohonan injunksi terhadap Twitter dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jack Dorsey, di mahkamah persekutuan di Florida, lapor Agensi Anadolu.

Akaun yang masih aktif digunakan oleh pentadbiran Taliban di Afghanistan turut dinyatakan dalam permohonan itu.

Ia bagi menyokong dakwaan pihak Trump bahawa Twitter melaksanakan peraturan kepada individu atau pihak terpilih.

Twitter, YouTube dan Facebook sebelum ini menggantung akaun Trump pada 6 Januari selepas dakwaan antaranya bahawa ahli politik menggunakan platform berkenaan sehingga menyebabkan rusuhan di bangunan Capitol.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 11:18 AM