LAU Hon Meng (kiri) dan Mok Choy Lin yang ditahan di sebuah balai polis di Naypyitaw, Myanmar. - Agensi
LAU Hon Meng (kiri) dan Mok Choy Lin yang ditahan di sebuah balai polis di Naypyitaw, Myanmar. - Agensi
Reuters

Naypyitaw: Polis Myanmar bersedia untuk mendakwa dua wartawan termasuk seorang warga Malaysia yang bekerja dengan stesen penyiaran Turki, TRT kerana membawa dron tanpa permit ke negara itu.

Polis juga dijangka mendapatkan perintah reman sehingga 15 hari terhadap dua wartawan itu, seorang penterjemah dan pemandu mereka.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 8, undang-undang eksport dan import yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun.

Dua wartawan itu, Lau Hon Meng dari Singapura dan Mok Choy Lin dari Malaysia serta seorang penterjemah dan pemandu warga tempatan ditahan pada Jumaat lalu.

Mereka ditahan selepas menerbangkan dron berhampiran bangunan parlimen di Naypyitaw.

TRT dalam satu kenyataan di laman sesawangnya berkata, syarikat itu berbincang dengan pihak berkuasa Myanmar untuk membebaskan mereka.

Semua wartawan itu juga mempunyai visa yang sah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2017 @ 5:33 AM