Warga Singapura, Lau Hon Meng (kiri) dan Mok Choy Lin tiba di mahkamah selepas ditahan kerana menerbangkan dron tanpa kebenaran di Naypyitaw, Myanmar. FOTO Reuters
Warga Singapura, Lau Hon Meng (kiri) dan Mok Choy Lin tiba di mahkamah selepas ditahan kerana menerbangkan dron tanpa kebenaran di Naypyitaw, Myanmar. FOTO Reuters
HM Digital

 

EMPAT individu termasuk seorang produser dari Malaysia dan seorang jurukamera Singapura dijatuhi hukuman penjara dua bulan di Naypyitaw, Myanmar hari ini, selepas mengaku bersalah di bawah Akta Pesawat Udara Negara.

Mok Choy Lin, 47, dan warga Singapura, Lau Hon Meng, 43, ditahan bersama penterjemah Myanmar, Aung Naing Soe dan pemandu, Hla Tin, pada 27 Oktober ketika dua individu itu bertugas untuk Turkish Radio and Television Corporation (TRT).

Menurut laporan The Straits Times Singapura, mereka dituduh cuba menggunakan dron untuk merakam imej video bangunan Hluttaw atau Dewan Perwakilan di ibu kota Myanmar tanpa meminta izin.

Mereka juga didakwa di bawah undang-undang import eksport dan pendakwaan akan diadakan pada 16 November yang membolehkan mereka dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Dron itu dipercayai digunakan dengan tujuan mengumpul data meteorologi dan membuat pemeriksaan struktur.

TRT adalah syarikat penyiaran di Turki dan mengikut kenyataan anak syarikat bahasa Inggerisnya, TRT World pada 31 Oktober mendakwa Lau dan Mok memasuki Myanmar melalui visa wartawan pada 21 Oktober.

Mereka sedang membuat rakaman dokumentari dan difahamkan sudah merakam imej di pelbagai lokasi dengan kamera konvensional dengan menggunakan dron sehingga 27 Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 8:59 PM