Anggota polis bersenjata lengkap mengepung stesen kereta api bawha tanah Unterfoehring di Munich. - Foto AFP
Anggota polis bersenjata lengkap mengepung stesen kereta api bawha tanah Unterfoehring di Munich. - Foto AFP
Agensi

BEBERAPA orang, termasuk seorang anggota polis wanita cedera dalam kejadian tembakan di stesen kereta api bawah tanah di Munich, Jerman, hari ini.

Menurut Independent, jurucakap polis, Michael Riehlein, berkata kejadian berlaku ketika pemeriksaan oleh polis di stesen Unterfoehring namun tidak memberi penjelasan lanjut.

Akhbar Merkur melaporkan, menurut saksi, suspek merampas pistol anggota polis wanita itu dan menembaknya serta mencederakan beberapa lagi.

Polis Munich melalui Twitter menyatakan anggota polis wanita itu cedera parah dan suspek sudah ditahan.

Polis juga mengesahkan tindakan suspek lelaki itu tiada kaitan dengan keganasan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 5:41 PM