POLIS menahan penyerang berkenaan selepas menembaknya.
POLIS menahan penyerang berkenaan selepas menembaknya.

London: Seorang lelaki parah selepas ditikam seorang penyerang dengan pisau sebelum penyerang berkenaan ditembak dan ditahan.

Penyerang terbabit dilapor menjerit ‘ini untuk Syria’ ketika menikam mangsanya.

Pihak berkuasa Britain menyifatkan kejadian itu di sebuah stesen kereta api bawah tanah di timur London pada awal pagi semalam (waktu Malaysia) sebagai serangan keganasan.

Rakaman yang dimuat naik ke Twitter juga menunjukkan lelaki itu mencabar polis sebelum dia ditembak.

Polis berkata, laporan awal menunjuukkan lelaki berusia 29 tahun itu turut mengancam beberapa pengguna kereta api lain.

Seorang lelaki berusia 56 tahun cedera parah tetapi tidak mengancam nyawa sementara dua lagi cedera ringan dalam kejadian itu.

Saksi dipetik akhbar Gurdian dan media tempatan lain berkata, penyerang dilihat mendakwa dia bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap serangan Barat ke atas militan di Syria.

Polis enggan mengulas laporan itu dan dakwaan berkenaan tidak dapat disahkan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 5:05 AM