SEORANG penyokong Hasan ketika menyertai satu perhimpunan, kelmarin. - Reuters
SEORANG penyokong Hasan ketika menyertai satu perhimpunan, kelmarin. - Reuters
Agensi

Teheran: Rakyat Iran yang impikan lebih banyak kebebasan di negara sendiri dan mengharapkan tidak dipencilkan di luar negara, mengundi memilih semula Presiden Hassan Rouhani dalam pilihan raya presiden Jumaat lalu.

Menurut keputusan kiraan undi yang hampir selesai setakat petang semalam, perancang usaha berbaik-baik dengan Eropah itu mendahului dengan 58.6 peratus, bebanding pencabar utamanya, Ebrahim Raisi yang meraih 39.8 peratus undi.

Meskipun kuasa presiden terhad berbanding pemimpin agung Iran yang dilantik secara pemilihan, Ayatollah Ali Khamenei, skala kemenangan Hasan memberikan kem propembaharuan mandat yang kuat.

Pemimpin agung itu mempunyai kuasa veto terhadap semua dasar Iran dan menguasai pasukan keselamatan negara itu.

Pemilihan semula Hasan sudah pasti akan melindungi perjanjian nuklear antara kerajaannya dengan kuasa besar dunia pada 2015 yang menyaksikan kebanyakan sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas negara itu ditarik balik.

Ia juga menjadi tamparan kepada Pengawal Revolusi, pasukan keselamatan yang amat berpengaruh dan menguasai sejumlah besar empayar perindustrian Iran.

Pasukan itu mengharapkan kemenangan Ebrahim bagi melindungi kepentingannya.

“Saya gembira dengan kemenangan Hasan. Kami tidak tunduk kepada tekanan dan saya mahu menyaksikan presiden itu meneruskan usaha dan melaksanakan janjinya,” kata Mahnaz, penyokong proreformasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2017 @ 7:14 AM