GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
BERNAMA

Sari Pul, Afghanistan: Sekurang-kurangnya 77 pelajar sekolah rendah perempuan di daerah Sancharak, wilayah utara Sari Pul di Afghanistan menjadi mangsa keracunan pada Ahad, kata pengarah wilayah bagi Maklumat dan Kebudayaan, Mufti Amir Saripuli.

"Kira-kira 77 pelajar, tujuh guru, lima ibu bapa, dan seorang pekerja di Sekolah Perempuan Faizabad di kawasan Kabod Ab, Sancharak keracunan, tetapi keadaan mereka dilaporkan stabil," kata Saripulit kepada Xinhua tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Pegawai itu menambah bahawa siasatan mengenai insiden itu sudah dimulakan.

Sementara itu, Mahnaz, ibu seorang pelajar yang turut menjadi mangsa keracunan mengutuk insiden berkenaan dan menyeru pihak pentadbiran wilayah mengenal pasti individu bertanggungjawab serta membawa mereka ke muka pengadilan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2023 @ 3:11 PM