USAHAKAN bersama anak.
USAHAKAN bersama anak.
Aniza Zainudin

Rahsia kelazatan nasi dagang dibalut daun pisang hutan yang menjadi tanda pengenalan Restoran Mok Teh Nasi Dagang terletak pada resipi warisan turun-temurun yang mengekalkan cara penyediaan tradisional.

Pemiliknya, Zunita Adibah Mohamed Adib berkata, resipi daripada arwah ibunya menjadi kegemaran keluarga disediakan pula untuk pelanggan.

Berpegang konsep ‘seperti makan di rumah’, wanita disapa Mok Teh ini mendedahkan penyediaan hidangan masih mengikuti cara orang lama dengan menggunakan ramuan berkualiti.

“Bagi menu nasi dagang, saya tidak menggunakan beras wangi atau Siam sebaliknya beras putih yang saiznya panjang seperti yang diajar arwah ibu. Beras ini dicampur bersama pulut dengan nisbah 2:1 yang kemudian direndam semalaman. Gabungan bersama pulut ini akan membuatkan nasi yang dimasak melekit sedikit yang menjadi ciri-ciri nasi dagang.

“Selepas campuran beras dan pulut ini direndam, saya akan mengukusnya bagi tempoh tertentu. Lebih lama campuran beras dan pulut ini direndam, lebih singkat ia dikukus.

“Kemudian, beras pulut ini dikeluarkan bagi melakukan proses ‘arong’ (menggaul) dan dikukus semula.

“Selepas itu, barulah ramuan seperti halba, bawang, halia, garam, gula dan kepala santan diletakkan di atas nasi ini dan ‘diarong’ semula.

“Bagi lauk pula, saya menggunakan ikan tongkol hitam kerana ia kurang hanyir dan isinya lebih lembut. Ikan ini dikukus sebelum dimasak bersama rempah ratus tempatan,” jelas Zunita Adibah yang mengusahakan restoran bersama anaknya, Wan Ameer Naqiuddin Wan Ameer Ruzman.

IKHWAN Fatanna
IKHWAN Fatanna

Selain nasi dagang, restoran keluarga yang beroperasi di Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini juga menyajikan nasi lemak ikan, nasi minyak daging kuzi, nasi minyak ayam masak merah dan laksam.

Lebih menarik, pelanggan berpeluang menjamu kuih-muih tradisional unik seperti pulut lepa Terengganu, tepung kapur, roti paung, akok Terengganu, bekang dan pulut nyiur.

Kata Wan Ameer Naqiuddin, selalunya orang Terengganu menjamah nasi minyak berlaukkan daging kuzi, manakala ayam masak merah adalah pilihan bagi mereka yang inginkan kelainan serta memenuhi cita rasa penduduk ibu kota.

ALUNAN zikir Ikhwan Fatanna mudah melekat dalam jiwa pendengar.
ALUNAN zikir Ikhwan Fatanna mudah melekat dalam jiwa pendengar.

Bagi hidangan nasi lemak ikan pula, restoran ini menggunakan ikan tongkol yang dijadikan sambal istimewa buatan sendiri.

Menurutnya, sambal yang dihasilkan daripada cili kering ini dimasak sehingga ia benar-benar sebati, sekurang-kurangnya lima jam bagi mengelakkan risiko sakit perut.

Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah sejak 2013, restoran yang mula beroperasi pada Julai 2016 kini mempunyai pelanggan tetap di sekitar Lembah Klang.

 NASI dagang dibungkus dengan daun pisang hutan bagi mengekalkan ciri asli.
NASI dagang dibungkus dengan daun pisang hutan bagi mengekalkan ciri asli.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Julai 2018 @ 1:05 AM