DAPATKAN inspirasi dekorasi untuk musim perayaan ini.
DAPATKAN inspirasi dekorasi untuk musim perayaan ini.
Hartini Mohd Nawi


CERIAKAN rumah anda ketika musim perayaan ini dengan koleksi Tahun Baharu Cina IKEA, FÖSSTA.

Koleksi ini menyatukan ciri-ciri tradisional dan kontemporari dengan sempurna.

Selain menampilkan reka bentuk timbul dan cetakan menarik bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan anda.

Hiaskan ruang tamu dan ruang makan anda dengan koleksi FÖSSTA yang terdiri daripada sarung kusyen, peralatan makan, hiasan dan sebagainya.

IKEA Lucky Truck pula kenderaan yang berwarna merah dan berbentuk arnab akan mengembara ke beberapa bandar di seluruh Malaysia hingga 15 Januari depan sambil menawarkan inspirasi hiasan rumah serta pelbagai hadiah untuk dimenangi.

Jadi 288 ahli IKEA Family pertama yang mengunjungi IKEA Lucky Truck untuk mendapatkan sampul 'angpau' edisi terhad yang dihasilkan komuniti wanita tempatan daripada tekstil IKEA yang tidak digunakan.

Ia selari dengan komitmen berterusan IKEA untuk mencipta impak positif melalui kehidupan lestari.

Menariknya, koleksi FÖSSTA turut dipamerkan di IKEA Lucky Truck dan dapatkan inspirasi dan tip mengindahkan ruang rumah anda.

Di samping itu, IKEA turut memperkenalkan rangkaian makanan baharu juga berinpirasikan musim perayaan.

Kunjungi Bistro Sweden IKEA, Restoran Sweden IKEA atau Kedai Khas Makanan Sweden untuk menikmati hidangan manis dan berperisa seperti nasi daun teratai, kek oren coklat arnab putih, daging kering ayam barbeku dan sebagainya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2023 @ 7:00 AM