KOMPLEMENT ini sesuai untuk susun letak tali pinggang.
KOMPLEMENT ini sesuai untuk susun letak tali pinggang.
LUANGKAN masa antara lima hingga  10 minit di depan cermin untuk menggayakan rambut dengan teknik solekan sesuai.
LUANGKAN masa antara lima hingga 10 minit di depan cermin untuk menggayakan rambut dengan teknik solekan sesuai.
MEMILIH warna sesuai semestinya menambahkan keceriaan pada anda.
MEMILIH warna sesuai semestinya menambahkan keceriaan pada anda.
CARI masa terluang untuk dimanfaatkan dengan bahan bacaan sama ada bersendiri atau bersama insan tersayang.
CARI masa terluang untuk dimanfaatkan dengan bahan bacaan sama ada bersendiri atau bersama insan tersayang.
Oleh Hartini Mohd Nawi


IKEA berkongsi tujuh langkah terbaik mencipta suasana menarik untuk tampil sentiasa ceria sepanjang masa.

Bermula dengan idea tata hias di bilik tidur kerana sebahagian besar kehidupan dihabiskan di ruang itu.

1) Sebaik bangun pagi

Lakukan tugas rutin pertama dengan mengemas katil, menyelak langsir bagi membenarkan cahaya matahari pagi suntuk kesegaran di bilik tidur anda.

Cahaya semula jadi itu bagaikan ‘jam biologi’ pada tubuh kita untuk memberi isyarat kepada otak bahawa waktu tidur sudah tamat.

Pengawalan sempurna cahaya semula jadi itu juga bergantung kepada pemilihan langsir atau bidai yang secara tidak langsung mengekalkan suasana privasi anda.

2)Cipta atau manfaatkan ruang

Menurut kajian The World-Wide Sleep Index yang dikendalikan ISOPUBLIC Switzerland, ada hubungan antara emosi dan ruang.

Bilik yang tidak teratur menandakan emosi anda kurang tenang dan tertekan.

Panduan mudah ialah menggunakan ruang penyimpanan khusus bagi mengurangkan persekitaran kurang menarik.

Biasanya bilik tidur didatangkan dengan bilik air yang ringkas. Jadi, ruang penyimpanan ringkas di bilik air juga penting untuk menempatkan barangan atau keperluannya.

Gunakan ruang tambahan untuk melakukan sedikit senaman ringkas antara 10 hingga 15 minit setiap hari.

Senaman mudah seperti regangan otot tegang menggalakkan kesan emosi lebih baik.

3) Ketengahkan sesuatu yang mudah dicapai

Penyediaan diri untuk permulaan hari memerlukan ruang penyimpanan terbuka atau laci dengan label boleh bergaya yang mudah. Menyusun tali pinggang atau stokin membuatkan koleksi Ikea dari jenis KOMPLEMENT sesuai diketengahkan.

Ia melancarkan persiapan anda untuk keluar bekerja kerana penyediaan dulang tarik.

4)Ceriakan dengan warna

Memilih warna sesuai menambahkan keceriaan kerana warna meninggalkan pelbagai kesan kepada tubuh dan minda. Jika sering letih di permulaan hari, mungkin penggunaan perabot merah atau ungu dapat merangsang tenaga anda.

Kuning meletakkan anda dalam suasana segar dan bahagia.

Jika pagi anda sentiasa tertekan, pemilihan hiasan biru mungkin membantu menenangkan fikiran.

5)Imbau kembali perkara penting

Luangkan masa antara lima hingga 10 minit di depan cermin untuk menggayakan rambut dengan teknik solekan sesuai.

6)Mengisi minda

Salah satu cara terbaik ialah membaca buku atau akhbar. Sediakan satu sudut di bilik tidur untuk suasana pembacaan lebih menarik.

7)Kesempurnaan gambar

Letak beberapa dekoratif seni pada dinding untuk tatapan mata. Dapatkan gambar atau lukisan yang membuat anda rasa bahagia, memberikan motivasi atau mengimbau kenangan terindah.

Perhiasan itu tidak semestinya mahal kerana semuanya bergantung kepada kreativiti anda.

Layari laman web IKEA.my untuk keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 5:01 AM