KOLEKSI angkasa lepas baharu IKEA sudah bersedia mendarat di Malaysia!
Menariknya, Koleksi AFTONSPARV kini mengorbit gedung-gedung IKEA di seluruh negara dengan penampilan khas angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan aktiviti-aktiviti hebat yang menanti pelanggan di setiap perhentian!
AFTONSPARV adalah koleksi baharu untuk kanak-kanak daripada IKEA yang membawa keajaiban angkasa lepas ke rumah anda.
Ia menggalakkan kanak-kanak meneroka sifat ingin tahu mereka terhadap angkasa lepas dengan reka bentuk yang mengutamakan kelestarian.
Malah turut sejajar dengan komitmen IKEA untuk menghasilkan penyelesaian permainan yang lestari, selamat dan menyeronokkan.
Permainan lembut dalam koleksi angkasa lepas itu diperbuat daripada poliester kitar semula manakala kadbod dalam khemah roket mengandungi sekurang-kurangnya 70 peratus daripada bahan kitar semula.
Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys berkata, Di IKEA, pihaknya percaya cara terbaik untuk kanak-kanak belajar, membesar dan berkembang adalah melalui permainan sementara rumah pula taman permainan mereka yang paling penting.
"Jadi, koleksi AFTONSPARV yang dihasilkan bersama dengan kolaborasi kanak-kanak kecil berumur tiga hingga tujuh tahun menawarkan peluang tanpa had untuk permainan kreatif dan lakon peranan yang kami harap akan
menyemarakkan semangat dan cinta mereka terhadap angkasa lepas.
"Berinspirasikan misinya untuk memupuk generasi peneroka angkasa lepas masa depan, IKEA Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan Dr Sheikh Muszaphar untuk satu siri jelajah ke seluruh negara.
"Angkasawan pertama Malaysia itu akan berkunjung ke gedung-gedung IKEA di seluruh negara untuk berkongsi pengalamannya berkenaan penerokaan angkasa lepas dengan pelanggan IKEA serta peminat angkasa lepas," katanya.
Sementara itu, Dr Syeikh Muszaphar mengakui tidak sabar untuk bertemu rakyat Malaysia, termasuk ibu bapa dan anak-anak mereka di gedung IKEA di seluruh negara.
"Saya juga teruja untuk bekerjasama dengan IKEA bagi menginspirasikan rasa cinta terhadap penerokaan angkasa lepas yang sentiasa menjadi minat saya.
"Imaginasi adalah pencetus yang memacu kita untuk bermimpi besar dan berusaha menggapainya. Dengan berkongsi pengalaman saya, saya berharap dapat menggalakkan anak-anak muda dan rakyat Malaysia, tidak kira di mana jua mereka berada, untuk mengejar minat mereka, baik besar mahupun kecil," katanya.
Siri jelajah ini bermula dari 8 November lalu dengan pelancaran rasmi di Aras 1 Pusat Beli-belah IPC dengan kerjasama IKEA Damansara.
Pada 10 November lalu pula, pengunjung IKEA Cheras berpeluang bertemu Dr Sheikh Muszaphar. Sementara itu, Anda juga masih berpeluang bertemu angkasawan pertama negara itu pada 19 November ini di IKEA Tebrau dan pada 25 November ini di IKEA Batu Kawan.