KATALOG IKEA 2021 dinanti ramai.
KATALOG IKEA 2021 dinanti ramai.
Muhamaad Razis Ismail


PADA setiap tahun, katalog IKEA yang menghimpunkan pelbagai produk antara dinantikan ramai, sama ada untuk mencuci mata atau sebagai sumber inspirasi mendekorasi rumah.

Baru-baru ini IKEA melancarkan katalog 2021 yang dipenuhi idea dan inspirasi bermakna dalam menampilkan pelbagai koleksi terbaharu, kolaborasi menarik serta penyelesaian mampu milik dengan menyediakan lebih banyak pilihan baharu.

Pengarah Peruncitan Negara (Malaysia) IKEA Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata, dengan mengambil kira semakin ramai rakyat negara ini menjadikan IKEA sebagai pilihan, pihaknya menyediakan katalog baharu yang lebih signifikan berbanding sebelum ini untuk disesuaikan dengan norma baharu.

"Untuk itu produk yang dihasilkan menggabungkan idea dan inspirasi pada harga berpatutan untuk memenuhi cita rasa, gaya serta kehendak setiap pelanggan.

"Kami membuat kajian untuk memahami kehendak dan keperluan setiap pelanggan. Malah, memastikan katalog terbaharu ini menyediakan sesuatu yang istimewa untuk anda.

"Dengan penyelesaian mampu milik, kini lebih ramai rakyat Malaysia boleh menghias rumah masing-masing dengan menikmati lebih banyak penjimatan," katanya dalam sidang media secara dalam talian.

PRODUK mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
PRODUK mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

NAMPAK ringkas, tapi masih menarik.
NAMPAK ringkas, tapi masih menarik.

Beliau berkata, IKEA sentiasa mencari jalan terbaik untuk mengurangkan kos namun tidak menjejaskan kualiti produk dihasilkan.

"IKEA menawarkan rangkaian harga lebih rendah sepanjang tahun kepada rakyat Malaysia terhadap lebih 198 produk untuk ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air dan sebagainya" katanya.

Menurutnya, antara produk baharu yang diketengahkan adalah JÄTTELIK iaitu koleksi patung dinosaur pelbagai saiz yang memberi peluang kepada ibu bapa membuat kelainan untuk menata rias bilik anak mereka.

"Selain itu, kami menampilkan koleksi RÅVAROR yang sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki ruang kecil dan terhad.

"Semua koleksi JÄTTELIK dan RÅVAROR kini boleh diperoleh di semua gedung IKEA Malaysia," katanya.

Tambahnya, IKEA turut memperkenalkan koleksi edisi terhad barangan perabot rumah, SAMMANKOPPLA bagi memberi lebih pilihan kepada penggemar setianya menghiasi kediaman.

"Koleksi terbaharu yang menggabungkan elemen gaya jalanan Bangkok dan barangan rumah Scandinavia itu dihasilkan menerusi kolaborasi bersama barisan pereka jenama fesyen terkenal Thailand, GREYHOUND ORIGINAL.

"LEGO dan IKEA juga akan bekerjasama mengeluarkan koleksi BYGGLEK pada awal tahun depan.

MEMBERI peluang ibu bapa menghias bilik anak dengan koleksi patung dinosaur.
MEMBERI peluang ibu bapa menghias bilik anak dengan koleksi patung dinosaur.

"Selain itu, koleksi pakaian dan aksesori rangkaian EFTERTRÄDA yang menggunakan logo IKEA dan kod bar produk berada di pasaran pada Disember ini," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, IKEA turut memperkenalkan hidangan terbaharu dalam menu di restoran dan kafenya iaitu Bebola Tumbuhan (Plant Ball) bermula tahun depan.

Dapatkan katalog IKEA 2021 di mana-mana gedung IKEA Malaysia.

Ahli 'IKEA Family' akan mendapat baucar RM5 dengan pembelian minimum RM300 sehingga 31 Oktober ini.

Daftar segera sebagai ahli IKEA Family secara percuma sama ada di kios di gedung IKEA atau secara dalam talian IKEA.my/FAMILY dan nikmati pelbagai manfaat dan penjimatan.

Katalog ini juga boleh diperoleh secara dalam talian di IKEA.my/catalogue.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 6:45 AM