FABRIK langsir rona pastel putih gading dan coklat sesuai dipadangkan dengan kedua-dua ruang tamu dalam kediaman itu.
FABRIK langsir rona pastel putih gading dan coklat sesuai dipadangkan dengan kedua-dua ruang tamu dalam kediaman itu.
BUNGA orkid sebagai pelengkap dan menyerikan lagi ruang tamu.
BUNGA orkid sebagai pelengkap dan menyerikan lagi ruang tamu.
KONSEP moden kontemporari dengan pilihan warna tanah turut diketengahkan pada ruang dapur.
KONSEP moden kontemporari dengan pilihan warna tanah turut diketengahkan pada ruang dapur.
RUANG makan bersebelahan dapur pula menampilkan meja dan kerusi makan daripada kayu dengan rona gelap.
RUANG makan bersebelahan dapur pula menampilkan meja dan kerusi makan daripada kayu dengan rona gelap.
KAMAR tidur utama mengenakan konsep klasik yang ditampilkan dalam pemilihan perabot dan kertas dinding.
KAMAR tidur utama mengenakan konsep klasik yang ditampilkan dalam pemilihan perabot dan kertas dinding.
KONSEP moden dengan tema kereta lumba ditampilkan dalam kamar tidur anak lelaki.
KONSEP moden dengan tema kereta lumba ditampilkan dalam kamar tidur anak lelaki.
KAMAR tidur anak perempuan yang mengetengahkan pelbagai warna ceria dengan rona lembut tampak feminin.
KAMAR tidur anak perempuan yang mengetengahkan pelbagai warna ceria dengan rona lembut tampak feminin.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Kediaman indah di Chendering, Kuala Terengganu ini menggabungkan dua gaya berbeza yang berupaya menyerlahkan kelainan diingini.

Banglo setingkat ini mengetengahkan konsep moden kontemporari dan klasik pada ruang berbeza bagi memenuhi cita rasa penghuninya.

Menurut pereka hiasan dalaman Laurea Home Furnishing (Laurea) Siti Hawa Ismail, konsep moden kontemporari dengan rona warna tanah ditampilkan pada ruang tamu, ruang makan dan dapur.

“Pilihan gaya moden kontemporari ini sesuai untuk anda yang gemarkan rekaan dalaman malar segar dan tidak lapuk ditelan zaman.

“Rona warna tanah juga sesuai diselitkan bagi mewujudkan ruang yang selesa, hangat dan santai. Ia bertepatan dengan fungsi ketiga-tiga ruang ini yang sering digunakan penghuninya,” katanya.

Katanya lagi, konsep moden kontemporari turut menekankan pemilihan warna dan fabrik supaya keseluruhan ruang nampak serasi.

“Bagi ruang tamu, kami pilih kain langsir dengan warna putih gading dan coklat lembut serta sentuhan motif bunga minimalis supaya nampak elegan. Pada masa yang sama, pemilihan langsir ini sesuai dipadankan dengan perabot dalam ruang berkenaan.

“Ruang tamunya pula memanjang jadi, kami asingkan menjadi dua ruang tamu mini namun ia masih harmoni sebagai satu ruang yang sama melalui susun atur dan pemilihan hiasan bertepatan.

“Terdapat dua kerusi lengan dan satu sofa pada ruang tamu sebelah kanan sementara sebelah kiri pula mengetengahkan sofa dua panel dan kedua-dua ruang tamu menyelitkan meja kopi diperbuat daripada kayu,” katanya.

Hiasan kemasan lain seperti bunga orkid turut diketengahkan bagi melengkapkan tata rias selain menjadikan ruang nampak ‘hidup.’

“Kami letakkan bunga orkid putih polos dalam pasu pada meja sisi di ruang tamu kanan sementara ruang tamu kiri menggunakan bunga orkid dengan rona pic polos,” katanya.

Selain itu, Siti Hawa turut menata rias kedua-dua ruang makan bersebelahan ruang tamu dan dapur.

Bagi ruang makan bersebelahan ruang tamu diserikan dengan meja makan lapan tempat duduk diperbuat daripada batu marmar.

Sementara ruang makan bersebelahan dapur pula lebih ringkas dan minimalis dengan penggunaan meja makan serta kerusi kayu rona coklat.

“Ia berpadanan dengan keadaan keseluruhan ruang itu yang tidak sarat dan dikelilingi warna cerah pada dinding dan lantai,” katanya.

Pada keseluruhan kediaman, Siti Hawa menggunakan kemasan lantai yang sama iaitu vinyl dengan rona coklat cerah dan lembut.

Kamar tidur utama yang mengenakan konsep klasik itu menggabungkan warna pastel rona coklat, merah jambu dan putih.

Lantai jubin berwarna putih polos menjadikan ruang kamar itu tampak lebih luas selain melengkapi pilihan perabot dan hiasan.

“Fabrik langsir menggunakan warna merah jambu lembut dengan gabungan warna coklat cerah serasi dengan kertas dinding corak klasik.

“Kertas dinding pada dinding utama itu juga sesuai dipadankan dengan katil rona coklat pekat dan meja serta meja sisi berwarna coklat gelap,” katanya.

Bagi kamar anak perempuan dan anak lelaki pula mengenakan konsep moden dan mengikut tema pilihan masing-masing.

“Kamar tidur anak perempuan menggunakan corak kertas dinding dan langsir yang hampir sama iaitu gabungan harmoni warna ceria dan lembut.

“Pemilihan cadar juga teliti supaya bertepatan dengan konsep warna ceria dan menyeronokkan.

“Kamar anak lelaki pula menarik dengan tema kereta lumba selain diserikan kertas dinding dan cadar bercorak kenderaan itu dan tidak terlalu sarat serta mengekalkan rona warna lembut,” katanya.

Maklumat lanjut kunjungi bilik pameran Laurea di Jalan Putra Mahkota 7/4A, Putra Heights Subang Jaya atau layari www.laurea homefurnishing.com.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 10:59 AM