PROGRAM usahawan kanak-kanak terbesar di Malaysia, KidSTART.
PROGRAM usahawan kanak-kanak terbesar di Malaysia, KidSTART.

Kuala Lumpur: Susu Goodday melancarkan KidSTART, program usahawan kanak-kanak terbesar di Malaysia yang bertujuan memupuk impian berniaga dalam diri kanak-kanak yang cerdas, bijak dan bersemangat yang berumur antara tujuh hingga 14 tahun.

Antara fokus Susu Goodday ialah untuk membawa kebaikan dan memperkaya kehidupan kanak-kanak.

Naib Presiden Pemasaran, Amy Gan berkata, di Susu Goodday, ia ingin menerapkan pengetahuan khas dalam kalangan kanak-kanak yang mampu membentuk tabiat kewangan yang kukuh sejak usia awal kerana ini dapat memastikan masa depan kewangan mereka terjamin.

"Dengan menyemai keyakinan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyemarakkan semangat keusahawanan di kalangan mereka, kami akan mendidik generasi masa depan ini untuk memahami konsep wang supaya mereka dapat membuat keputusan kewangan yang bertanggungjawab.

"Kami gesa ibu bapa di menggalakkan penyertaan anak mereka dan mengambil peluang ini mempamerkan bakat dan potensi mereka dengan harapan untuk menjadi usahawan muda Goodday KidSTART pertama di Malaysia," katanya.

Tempoh pendaftaran program Goodday KidSTART bermula sejak 21 November 2022 sehingga 23 Disember 2022, dan ibu bapa dijemput untuk menghantar video pendek persembahan anak mereka kepada Goodday Milk melalui mesej Facebook Goodday Milk Malaysia di atau mesej Instagram di @gooddaymilkmy.

Video hendaklah terdiri daripada tiga bahagian iaitu pengenalan, inspirasi mereka untuk memulakan perniagaan dan ringkasan idea perniagaan mereka.

Berikutan tempoh penyertaan selama lima minggu dan dituruti proses penyenaraian pendek, 20 peserta akhir akan mara ke peringkat seterusnya untuk menghadiri kem latihan intensif selama dua hari pada Januari 2023.

Kanak-kanak akan dibimbing dan diajar kemahiran dan kebolehan yang diperlukan untuk mengemukakan idea mereka secara cemerlang kepada panel hakim yang terdiri daripada usahawan perniagaan dan peneraju industri.

Hadiah sehingga RM50,000 menanti pemenang Goodday KidSTART kid-preneur untuk mencapai idea perniagaan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2022 @ 6:00 AM