Kembangkan perniagaan anda ke arah digital dengan U Mobile Biz - FOTO U Mobile
Kembangkan perniagaan anda ke arah digital dengan U Mobile Biz - FOTO U Mobile
Mohammad Asyraf Khalib

USAHAWAN harus bijak mencari jalan penyelesaian supaya perniagaan terus berkembang dalam norma baharu. 

Sejak Mac lalu, pandemik menyaksikan peralihan ekonomi menuju ke arah digitalisasi dan e-dagang. 

Tinjauan Harian Metro di ibu negara mendapati sambutan pelanggan di premis perniagaan konvesional masih lagi rancak.

Bagaimanapun, ramai pengguna lebih memilih berkunjung ke premis perniagaan yang menyediakan kemudahan digital seperti pembayaran tanpa tunai. 

Seiring peralihan trend pengguna, peniaga khususnya pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) disaran memanfaatkan kemudahan teknologi daripada U Mobile Biz seperti GoBiz, GoOffice, GoAcademy, dan banyak lagi.

Pembayaran tanpa tunai

GoBiz adalah satu penyelesaian mudah untuk masa depan tanpa tunai dengan lebih pantas. 

Menariknya, anda boleh menerima lebih banyak transaksi pembayaran tidak kira menerusi e-dompet, Mastercard, UnionPay atau kad Visa. 

Image

Selain itu, GoBiz turut menyediakan peluang untuk peniaga menjana lebih pendapatan menerusi fungsi tambahan seperti servis tambah nilai prabayar, kredit permainan dan pembayaran bil utiliti.

Image

Lebih menarik, GoBiz juga boleh dimanfaatkan sebagai medium pembayaran lebih efisien untuk perniagaan e-dagang.

Selain itu, pengguna tidak perlu risau kerana peranti Mobile Point of Sale (mPOS) GoBiz turut disertakan dengan ciri keselamatan terkini, memastikan semua transaksi pelanggan selamat dan terjamin. 

Proses permohonan GoBiz sangat mudah dan cepat, hanya mengambil masa tiga hari bekerja untuk kelulusan. 

Ketahui lebih lanjut mengenai GoBiz di pautan ini.

Efisien dan produktif

Bagi meningkatkan produktiviti syarikat dalam norma baharu, pemilik perniagaan juga boleh memanfaatkan pakej semua dalam satu GoOffice. 

Ia dilengkapi pakej Microsoft 365 Business seperti Outlook, Word, Excel dan PowerPoint yang boleh diakses sehingga 15 peranti, serta data internet berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had. 

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati data hotspot sehingga 20GB, memastikan perniagaan kekal terhubung. 

Image

Tidak cukup dengan itu, ruang simpanan OneDrive Cloud bersaiz 1TB juga disediakan untuk pengguna menyimpan, berkongsi atau mengakses fail pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. 

Dengan semua penawaran ini, pekerja terpaksa bekerja dari rumah kini bukan lagi satu masalah.

Ketahui lebih lanjut mengenai GoOffice di pautan ini.

Tingkat skil keusahawanan

Image

Sebagai persediaan menghadapi ekonomi kian mencabar, peniaga juga disaran meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan. 

Ia penting agar mereka tidak ketinggalan sekali gus dapat memperbaharui strategi perniagaan menuju ekonomi digital. 

Memahami keperluan itu, U Mobile Biz menerusi inisiatif GoAcademy, membantu peniaga PKS menguasai teknik perniagaan dan pemasaran dengan latihan, bengkel atau webinar. 

Pembiayaan kewangan

Image

Dengan U Mobile Biz, impian anda untuk mengembangkan perniagaan bukan lagi angan-angan. 

Kini peniaga boleh memohon dana untuk modal tambahan, tenaga kerja, atau menyelaras operasi perniagaan menerusi P2P Business Financing.

Inisiatif ini adalah kerjasama U Mobile dengan Funding Societies, menjadikan proses permohonan pembiayaan dana perniagaan lebih cepat dan mudah. 

Peniaga boleh membuat permohonan secara dalam talian, tanpa sebarang dokumen rumit, tidak perlu jaminan, tiada jumlah pegangan serta berpeluang menikmati kelulusan pantas dalam 48 jam. 

Jika berminat, anda boleh membuat permohonan di sini.

Jangan lepaskan peluang!

Walaupun pandemik memberi kesan cukup besar terhadap peniaga, ia bukan alasan untuk membiarkan perniagaan terus terjejas dan terhenti begitu sahaja.

Seiring peralihan digitalisasi, pemilik perniagaan khususnya PKS perlu bijak merebut peluang untuk memperkukuh perniagaan sedia ada sekali gus memastikan kelangsungan pendapatan.

Pada masa sama, peniaga juga perlu meneroka strategi baharu bagi memasarkan produk dan mencari cara mengembangkan perniagaan. 

Bagi peniaga yang berminat untuk memanfaatkan penyelesaian perniagaan ditawarkan U Mobile Biz, layari www.u.com.my/business, Facebook atau Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 9:31 AM