VALORANT adalah permainan video free-to-play first-person hero shooter dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games. - FOTO: REV Media Group
VALORANT adalah permainan video free-to-play first-person hero shooter dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games. - FOTO: REV Media Group
Muhammad Najmir Razaman

PETALING JAYA: REV Media Group (RMG) melalui saluran  MyGameOn (MGO),  membawakan Squad Up Arena,  siri kejohanan e-sukan Squad Up buat para penggemar permainan video. 

Terdahulu, RMG dan Facebook Gaming berganding bahu menganjurkan Squad Up: Athena, satu kejohanan e-sukan yang menampilkan pemain wanita di seluruh Asia Tenggara, menyaksikan sebanyak 24 penyertaan pasukan Mobile Legends: Bang Bang. 

Bertemakan #IniGameKami, Squad Up Arena kali ini memberikan tumpuan kepada seluruh komuniti permainan video bagi merancakkan kemajuan e-sukan di Malaysia. 

MGO dengan bangganya mempersembahkan Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT, khas buat penggemar permainan video.

Ketua Kandungan Permainan RMG, Adrian Lai berkata, mereka kembali dengan Squad Up seperti yang dijanjikan dan sedia maklum bahawa ramai peminat mahukan sebuah kejohanan untuk VALORANT, satu permainan penembak kompetitif paling popular di dunia hari ini.

Mereka juga teruja untuk menganjurkan Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT dan berharap dapat menyaksikan persaingan yang sihat di antara pemain.

Peringkat kumpulan kejohanan ini bermula pada 15 Ogos lalu hingga esok dan lapan pasukan terbaik bakal berentap di pusingan akhir yang akan disiarkan secara langsung pada 27 dan 28 Ogos ini di laman rasmi media sosial MyGameOn. 

Pemain akan berentap untuk merebut hadiah terkumpul bernilai RM5,000 dan penyertaan terbuka kepada seluruh warga Malaysia berusia 13 tahun dan ke atas.

Layari laman sesawang Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT atau Facebook, YouTube dan TikTok MGO untuk maklumat lanjut.

Layari laman sesawang Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT atau Facebook, YouTube dan TikTok MGO untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2022 @ 11:54 AM