AMBANK Islamic. FOTO arkkib NSTP
AMBANK Islamic. FOTO arkkib NSTP

AMBANK Islamic memperkenalkan Pembiayaan Peribadi-i untuk kakitangan kerajaan Persekutuan dan negeri, agensi terpilih, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun.

Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic, Eqhwan Mokhzanee berkata, pembiayaan Peribadi-i adalah kemudahan pembiayaan patuh syariah yang menawarkan pembiayaan sehingga RM200,000 tanpa memerlukan penjamin, cagaran, malah tanpa tempoh penguncian.

"Sebagai manfaat tambahan, produk ini juga tanpa pembayaran untuk permulaan selama tiga bulan.

"Oleh itu, bayaran pertama hanya bermula pada bulan keempat selepas pembayaran. Pembiayaan Peribadi-i juga dilengkapi dengan perlindungan takaful pilihan oleh AmMetlife Takaful Bhd," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

EQHWAN
EQHWAN

Menurutnya, kemudahan pembiayaan itu dan tawaran menariknya diwujudkan khas kepada pelanggan yang memerlukan fleksibiliti kewangan untuk menampung keperluan mereka terutama dalam tempoh sukar ini.

Menerusi pelancaran Pembiayaan Peribadi-i, Ambank Islamic menyasar menawarkan kemudahan pembiayaan fleksibel untuk pelbagai tujuan termasuk pendidikan, kecemasan dan perbelanjaan lain.

"Kami terus mencari penyelesaian untuk pelanggan bagi memenuhi keperluan mereka.

"Pelancaran Pembiayaan Peribadi-i ini sebahagian usaha kami membantu kakitangan awam yang bekerja keras untuk negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2020 @ 7:15 AM