TAN (tiga dari kanan) dan Muhamad Hafiz (empat dari kanan) ketika pemilihan pemenang Peraduan Kembali Ke Sekolah serta Jom Beli dan Menang di Jalan Lebuh Pantai. FOTO Zuhainy Zulkiffli
TAN (tiga dari kanan) dan Muhamad Hafiz (empat dari kanan) ketika pemilihan pemenang Peraduan Kembali Ke Sekolah serta Jom Beli dan Menang di Jalan Lebuh Pantai. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Pengedar kasut jenama Pallas, International Foot Wear (Penang) Sdn Bhd mengumumkan tiga pemenang bagi hadiah utama Peraduan Kembali Ke Sekolah serta Jom Beli dan Menang.

Pengurus Pembangunan Jenamanya, Tan Chooi Pin berkata, sebanyak 323 pemenang dipilih termasuk bagi kategori penyertaan terawal.

"Tiga pemenang utama itu ialah Nor Azlina Yaacob, Lim Lay Koon dan Mary Gompisan yang masing-masing beralamat di Ampang, Selangor; Kuala Lumpur dan Kota Belud, Sabah.

"Setiap pemenang berkenaan menerima hadiah wang bernilai RM3,000 dan tambahan e-baucar sebanyak RM100," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tan berkata, turut diumumkan ialah lima pemenang tempat kedua yang menerima hadiah wang tunai bernilai RM500 dan tambahan e-baucer RM100 .

Selain itu, seramai 15 pemenang tempat kedua dipilih menerima hadiah RM100 beserta e-baucar RM100.

"Sebagai menghargai pelanggan, Pallas juga turut memberi hadiah kepada 100 penyertaan terawal yang menerima e-baucar RM30.

"Kesemua maklumat dan senarai pemenang disiarkan di laman Facebook Pallas dan web www.pallas.com.my ," katanya.

Terdahulu, pemilihan pemenang dilakukan di Jalan Lebuh Pantai, di sini dan hadir sama ialah Pegawai Pemasaran Omnia Wilayah Utara, Muhamad Hafiz Mohd Hamzaini.

Tan berkata, penyertaan pertandingan kali ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia termasuk remaja berusia 13 tahun.

"Peraduan ini bermula pada Disember 2023 hingga 31 Mac lalu dan mendapat maklum balas menggalakkan dengan membabitkan sebanyak 5,000 penyertaan.

"Kita sudah anjurkan pertandingan ini sejak hampir 20 tahun lalu dan ini adalah cara Pallas bagi menghargai pembeli serta peminat setia jenama berkenaan," katanya.

Jenama kasut sekolah Pallas menjadi pilihan berikutan kualitinya amat mementingkan keselesaan dengan mempertimbang faktor Keselesaan, Kesihatan dan Keselamatan (3S) bagi setiap rekaan menerusi kempen Love Our Feet.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2024 @ 5:26 PM