PEMENANG Kempen Pembiayaan Peribadi-i sepanjang 2023, menerima hadiah masing-masing.
PEMENANG Kempen Pembiayaan Peribadi-i sepanjang 2023, menerima hadiah masing-masing.

Petaling Jaya: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) melancarkan Kempen Pembiayaan Mega 2024 dengan menawarkan hadiah utama iaitu lapan kenderaan bernilai RM800,000.

Kempen berlangsung antara 1 Januari sehingga 31 Disember 2024 adalah untuk menghargai pelanggan yang menyokong produk pembiayaan Peribadi-i, Rumah-i dan Kenderaan-i Bank Islam.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan (Perbankan Runcit Bank Islam), Mizan Masram berkata, kempen ini merancakkan lagi usaha kami untuk mempromosi pelbagai produk pembiayaan yang disediakan di pasaran.

Beliau berkata, ia sekali gus menarik minat pelanggan berpotensi terhadap penyelesaian patuh syariah yang memenuhi segenap keperluan mereka.

"... dua pemenang bertuah melalui cabutan pada setiap akhir suku tahunan," katanya.

Dalam pada itu, Mizan berkata, Bank Islam juga menawarkan pelanggan yang bertuah dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM1.2 juta melalui kempen Pembiayaan Peribadi-i dianjurkan sepanjang tahun ini.

"Ia meliputi Kempen Promosi Sekali Seumur Hidup - Pembiayaan Peribadi-i Untuk Jemaah Haji, 41 Tahun Bank Islam, Bank Islam bersama Warga Pendidik dan Frontliners serta Umrah," katanya.

Sementara itu, sempena penganjuran Kempen Pembiayaan Mega 2024, satu majlis pelancaran dan Penyampaian Hadiah Kempen Pembiayaan Peribadi-i bagi tahun 2023 diadakan pada 29 Februari 2024 di Kuala Lumpur.

Seramai 21 pemenang untuk lima Kempen Pembiayaan Peribadi-i sepanjang tahun 2023 menerima hadiah masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2024 @ 7:46 AM