iPhone model XS, XS Max dan XR akan mula dijual pada 26 Oktober ini.
iPhone model XS, XS Max dan XR akan mula dijual pada 26 Oktober ini.
Afiq Hanif


APPLE akan mula menjual tiga iPhone model iPhone XS, XS Max dan XR (disebut iPhone 10S, 10S Max dan 10R) yang mempunyai keunikan warna dengan saiz berbeza selain Apple Watch 4 pada 26 Oktober ini.

iPhone XS dan XS Max dibezakan dengan saiz mempunyai rekaan bucu-ke-bucu yang minimum dan lasak berdasarkan ciri IP68 mampu masuk air sedalam dua meter selama 30 minit.

Berdasarkan warna kelabu dan emas, ia dikuasakan pemprosesan baru, A12 Bionic dengan cip 7nm dan 6.9 bilion transistor. Selain itu, ia lengkap enam core CPU dan empat core GPU yang menyediakan prestasi dua kali lebih baik berbanding iPhone dulu.

Model iPhone XS bersaiz 5.8 inci manakala iPhone XS Max pula 6.5 inci.

Harga ditawarkan iPhone XS termasuk RM4,999 (64GB), RM5,699 (256GB) dan RM6,649 (512GB).

Manakala iPhone XS Max pula berharga RM5,399 (64GB), RM6,099 (256GB) dan RM7,049 (512GB).

Sementara itu, iPhone XR akan dijual pada harga RM3,599 (64GB), RM3,849 (128GB) dan RM4,299 (256GB).

Apple Watch 4 pula berharga RM1,749 (40mm) atau RM1,899 (44mm).

iPhone XR datang dengan warna biru, merah, kuning, putih, emas dan hitam.

Uniknya, Malaysia antara negara pertama menerima iPhone XR yang datang dengan satu lensa tunggal bagi kamera belakang, namun mampu merakam gambar bokeh yang cantik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 7:12 PM