MACBOOK 12 Retina
MACBOOK 12 Retina
APPLE Watch
APPLE Watch
Oleh Afiq Hanif


Apple memperkenalkan Macbook versi baru bersaiz 12 inci namun paling menarik ia akan disediakan dengan warna emas selain warna biasa iaitu kelabu untuk bakal pembeli yang dijangka dipasarkan pertengahan April ini.

Macbook 12 Retina baru ini memperlihatkan rekaan papan induk yang tidak memerlukan kipas untuk penyejukan memberikannya lebih ruang untuk memuatkan bateri sehingga membantunya mencapai tahap kenipisan hanya 13.1mm dan berat kurang 1kg.

Apple turut melengkapkan Macbook 12 Retina dengan papan kekunci dan pad pengesan baru yang sensor tekanannya ditambah bagi tujuan kerja perkomputeran seperti klik dan memberi getaran sebagai respons kepada tekanan yang diberikan.

Satu lagi gajet, Apple Watch akan dijual melalui tiga jenis iaitu Sport, Edition dan biasa dengan saiz badan berbeza iaitu 38mm dan 42mm pada harga bermula RM1,299.

Ia boleh didapati di sembilan negara pada mulanya iaitu Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada April nanti.

Untuk menggunakan Apple Watch, ia perlu dihubungkan dengan telefon pintar Apple iPhone 5 dan ke atas serta memiliki sistem operasi iOS 8.2 yang terkini.

INFO

MACBOOK 12 RETINA

- Harga: Bermula RM4,499

- Skrin: 12 inci Retina 2304 x 1440 piksel

- CPU: Intel Core M 1.1GHz bersama Turbo sehingga 2.4GHz

- Port: USB-C, menggantikan port lain seperti DisplayPort, HDMI, VGA, USB dan kuasa

- Warna: Perak, emas, kelabu

- Memori: 8GB, LPDDR3

- Setoran: 256GB

- Dimensi: 11 x 7.74 x 0.14-0.52 inci

- Berat: 0.92kg

- Tanpa wayar: Bluetooth, WiFi

- Port: USB-C

- Bateri: Mampu bertahan 9 jam

APPLE WATCH

- Harga: Bermula RM1,299

- Saiz: 38mm, 42mm

- Paparan: Retina Ion-X Glass

- Pemprosesan: S1

- Setoran: 8GB

- Sensor: giroskop, accelerometer

- Ciri: IPX7

- Bateri: Mampu tahan 18 jam

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:16 AM