DR Li (empat dari kiri) pada perasmian pusat 4S di Jalan Kebun.
DR Li (empat dari kiri) pada perasmian pusat 4S di Jalan Kebun.
HM Digital

Klang: Pengedar PROTON, Vantage Speed Sdn Bhd (Vantage Speed) secara rasminya membuka cawangan 4Snya di Jalan Kebun, Klang, baru-baru ini.

Ia dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Vantage Speed beroperasi sebagai pengedar PROTON sejak 2009 dan mengendalikan cawangan 1S dan 2S di lokasi berasingan.

Bagaimanapun, demi memenuhi keperluan PROTON yang bertujuan untuk memberikan kemudahan lebih baik kepada pelanggan sebagai pusat sehenti, pemegang saham Vantage Speed bersetuju untuk membuat pelaburan dalam perniagaannya itu sebagai pusat 4S.

Cawangan 2S yang pada asalnya milik Magnavision Sdn Bhd ditutup dan seluruh kawasan itu diubah suai menjadi pusat 4S yang baru.

Bagi cawangan 1S miliknya di Setia Alam pula dikekalkan bertujuan untuk terus memberi kemudahan kepada pelanggan sedia ada di sana.

Pengarah Vantage Speed, Datuk Seri Tee Boon Kee berkata, dengan pembukaan cawangan 4S itu membolehkannya berurusan dengan pelanggan secara lebih baik dan dapat memahami keperluan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Ogos 2018 @ 1:24 PM