REWI Hamid merasmikan pelancaran Harley-Davidson FXDR 114 di MAEP Serdang. FOTO Aswadi Alias
REWI Hamid merasmikan pelancaran Harley-Davidson FXDR 114 di MAEP Serdang. FOTO Aswadi Alias
Lizam Ridzuan


HARLEY-Davidson melalui pengedar utamanya Didi Resources Sdn Bhd melancarkan model FXDR 114 terbaharu untuk pasaran tempatan.

Pengerusinya, Rewi Hamid Bugo berkata, model paling terkini dalam kategori Softail itu dijana dengan enjin V berkembar Milwaukee-Eight 114 (1,870 cc) teknologi moden.

“Kelebihan enjin ini ia menggunakan komponen aluminium dan komposit untuk pengurangan berat bagi menambah kelancaran dan prestasi tunggangan jentera Cruiser,” katanya ketika pelancaran yang diadakan di acara Art Of Speed 2019.

FXDR 114 adalah model ke sepuluh untuk jenama itu yang dibangunkan melalui platform Softail yang diperkenalkan pada 2018.

Ia menampilkan ciri perlumbaan motosikal drag yang popular di Amerika Syarikat dengan rekaan lebih rendah dan satu tempat duduk untuk menyerlahkan gaya sporty.

Untuk pasaran Malaysia, Harley-Davidson FXDR 114 dijual pada harga bermula RM122,500 dengan pembelian sebelum 30 November akan menerima pakej aksesori pakaian dan Screamin’ Eagle Titanium Mufler bernilai lebih RM4,200.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Julai 2019 @ 8:32 PM