HARLEY-Davidson Pulau Pinang.
HARLEY-Davidson Pulau Pinang.
Lizam Ridzuan


JENAMA motosikal Harley-Davidson merasmikan ruang pameran dan jualan terbaharu di Pulau Pinang yang berkeluasan 557 meter persegi dikendalikan oleh GB Motorcycles Sdn Bhd.

Selain mempamerkan model terkini, ia juga menawarkan rangkaian keseluruhan jenama itu termasuk alat ganti tulen, pengubahsuaian motosikal, pakaian dan kelengkapan menunggang serta perkhidmatan selepas jualan.

Bersempena dengan majlis itu, wakil pengedar terbabit juga menyerahkan kepada pemilik pertama di Malaysia bagi model Tri Glide Ultra 2019 berharga RM291,200.

Pengarah Urusan Pasaran Baru Muncul Asia Harley-Davidson, Johan Kleinstuber berkata, sejak 2008, mereka menumpukan perhatian membangunkan komuniti yang boleh dipercayai buat peminat motosikal tempatan serta membangunkan jaringan pengedaran yang kukuh di seluruh negara.

“Pembukaan cawangan terbaharu di Pulau Pinang ini sebagai memberi akses yang lebih baik bagi menikmati pengalaman pembelian Harley-Davidson yang ikonik serta membangunkan komuniti motosikal yang aktif di utara Semenanjung Malaysia,” katanya.

Selain Harley-Davidson Pulau Pinang, Harley-Davidson Melaka dan Harley-Davidson Petaling Jaya juga sudah dibuka untuk memperkasakan lagi jaringan pengedaran di Malaysia. #vroomHM.

PEMILIK pertama model Tri Glide Ultra 2019.
PEMILIK pertama model Tri Glide Ultra 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2019 @ 5:30 AM