SULAIMAN (kiri) bersama Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim (tengah) pada pelancaran AmBank BizRACE, semalam.
SULAIMAN (kiri) bersama Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim (tengah) pada pelancaran AmBank BizRACE, semalam.
Wan Nur Ameera Meor Rozman

Kuala Lumpur: AmBank Group (AmBank), menyasarkan segmen perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berupaya menyumbangkan 25 peratus kepada keseluruhan perniagaannya menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, buat masa ini, segmen berkenaan menyumbangkan10 peratus kepada perniagaan kumpulan dan pihaknya yakin ada banyak peluang pertumbuhan untuk PKS tempatan disokong inisiatif yang ditawarkan.

“Kami memperuntukkan pinjaman bernilai RM7 bilion untuk 1,000 syarikat PKS bermula 1 April lalu sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac depan.

“Setakat ini, RM3 bilion pinjaman sudah diluluskan untuk pelbagai perniagaan termasuk sektor peruncitan, borong pembuatan, perdagangan serta pembangunan hartanah,” katanya selepas majlis pelancaran AmBank BizRACE, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2017 @ 7:29 AM