Carlos Sainz jalani ujian bersama Ferrari. FOTO Agensi
Carlos Sainz jalani ujian bersama Ferrari. FOTO Agensi
Agensi

Fiorano Modenese, Itali: Carlos Sainz berkata dia tidak akan pernah lupa ujian pertama bagi pasukan barunya Ferrari.

Pelumba dari Sepanyol yang berpindah dari McLaren bagi menggantikan tempat juara empat kali Sebastian Vettel, melakukan lebih daripada 100 pusingan di litar Fiorano pasukan itu.

Sainz yang memandu kereta 2018 kerana undang-undang ketat bagi ujian Formula Satu (F1) berkata, dia begitu gembira apabila sesi percubaan itu berjalan lancar.

Ujian berkenaan dijalankan bagi membantu Sainz merasai suasana bersama pasukan dan cara kenderaan itu dikendalikan.

Kereta 2018 memerlukan beberapa kepakaran dalam aspek teknikal dan sistem sama seperti kereta baru malah Sainz dibenarkan untuk memulakan kerja bersama jurutera yang akan membantunya pada musim ini.

Bapa Sainz, Carlos Sainz Sr juara rali dunia dua kali turut menyaksikan ujian yang dijalankan anaknya itu.

Sainz akan memandu uji kenderaan itu sekali lagi esok sebelum Mick Schumacher yang juga pelumba akademi Ferrari yang akan melakukan penampilan pertama di F1 bersama pasukan Haas tahun ini mengambil alih pada sebelah petangnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 6:40 PM