VERSTAPPEN intai peluang terbaik raih juara keseluruhan di Suzuka. FOTO AFP
VERSTAPPEN intai peluang terbaik raih juara keseluruhan di Suzuka. FOTO AFP
Reuters

Suzuka: Max Verstappen kecewa gagal meraih kejayaan kedua juara Formula Satu (F1) di Singapura hujung minggu lalu namun pelumba Red Bull itu mempunyai peluang lebih cerah untuk memuktamadkan kejuaraan di Suzuka Ahad ini.

Jepun adalah laman sendiri buat rakan kongsi mereka, Honda dan Verstappen, yang membuat penampilan pertama F1 di litar berkenaan pada 2014 akan muncul juara sekali lagi jika dia menang pusingan terpantas.

Pelumba Belanda berusia 25 tahun itu mempunyai kelebihan 104 mata ke atas pemandu Ferrari, Charles Leclerc, yang menamatkan saingan di tempat kedua di Singapura.

Ketika itu juara milik rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez yang sekarang ini dua mata di belakang Leclerc.

"Kami mempunyai satu lagi peluang untuk meraih kejuaraan kategori pemandu, kami harus berada dalam keadaan sempurna hujung minggu ini.

"Ia mungkin boleh dilakukan dan kami akan memberikan segala-galanya," kata Verstappen.

Leclerec dan Perez sekarang ini adalah pesaing untuk merebut gelaran itu jika dikira dari segi matematik ketika berbaki lima lagi perlumbaan.

Verstappen hanya memerlukan kelebihan 112 mata ke atas pencabar terdekatnya untuk muncul juara di Suzuka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2022 @ 11:48 AM