Carlos Sainz. FOTO Agensi
Carlos Sainz. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Lando Norris percaya ramai yang mula menyedari kemampuan bekas rakan sepasukannya di Formula Satu (F1) McLaren, Carlos Sainz sejak penyertaannya ke Ferrari.

Norris meluangkan dua musim berlumba disamping Sainz di McLaren sebelum pelumba Sepanyol itu menyertai Ferrari pada 2021, di mana dia bergandingan dengan Charles Leclerc.

Sainz menikmati musim yang cemerlang dalam F1 pada tahun lalu, melakar penamat empat podium dan berada di kedudukan kelima dalam kategori pelumba mengatasi Norris dan Leclerc di tempat keenam dan ketujuh.

Prestasi Sainz menyebabkan Ferrari mempertimbangkan mengadakan perbincangan untuk melanjutkan kontrak ketika kontrak semasa kini berakhir pada penghujung 2022.

Norris turut beraksi baik pada kempen 2021 ketika dia melakar kejayaan berada di petak utama F1 di Rusia buat pertama kali dan hampir memenangi perlumbaan. Dia memenangi empat podium, termasuk kedudukan kedua di Monza.

Berbicara mengenai kedudukan sepanjang musim ketiga dalam F1 pada 2021, Norris pemandu McLaren, berkata langkah yang diambil pada tahun kedua 2020 tidak begitu baik bagi dirinya kerana dibayangi prestasi Sainz.

"Saya fikir tahun kedua saya lebih baik," kata Norris kepada Motorsport.com.

"Carlos, saya percaya, adalah salah seorang pelumba terbaik dalam F1. Ia juga tidak membuatkan saya nampak hebat, kerana dia sememangnya pemandu yang bagus dan dia melakukan tugasnya dengan baik."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 January 2022 @ 12:04 PM