JENTERA baharu pasukan Haas. FOTO laman web FIA
JENTERA baharu pasukan Haas. FOTO laman web FIA
Reuters

London: Pasukan Formula One (F1), Haas bersedia mempamerkan jentera baharu yang akan digunakan dalam saingan F1 musim ini, jelas pengurus pasukan itu, Ayao Komatsu.

Menurut Komatsu yang juga pakar jurutera permotoran, jentera baharu yang diberi nama VF-24 itu akan mula menjalani sesi latihan percubaan pada 21 hingga 23 Februari ini di Litar Silverstone.

Katanya, kenderaan itu akan dipandu oleh Nico Hulkenberg dari Jerman dan Kevin Magnussen dari Denmark, dengan pasukan itu sudah bersedia menghadapi perlumbaan sebenar yang dijadual berlangsung di Litar Bahrain, Mac ini.

"Saya fikir kami antara pasukan yang mungkin berad di belakang pasukan lain apabila saingan di Bahrain membuka tirainya nanti.

"Pelancaran jentera baharu ini agak lambat bukan kerana kami tidak memiliki kepakaran yang berkualiti, tetapi sebenarnya kami bermula agak lambat di mana kami menghentikan seketika kerja-kerja penilaian selama dua bulan bagi memberi fokus kepada aspek Austin.

"Situasi itu menyebabkan ramai pakar terpaksa memberi tumpuan pada aspek itu, jadi kami kehilangan masa di bahagian itu. Namun kini kami sudah memasuki fasa penilaian terowong angin dan ia menampakkan hasil positif.

"Kami pada landasan yang betul dan jentera ini pastinya lebih pantas daripada sebelum ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 1:04 PM