VAN Aert meraikan kejayaannya di pentas podium. FOTO AFP
VAN Aert meraikan kejayaannya di pentas podium. FOTO AFP
AFP

Sonderborg: Pakar pecut Belanda, Dylan Groenewegen meraih kemenangan di peringkat ketiga Tour de France semalam mengenepikan Wout van Aert di garisan namun pelumba Belgium itu masih mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.

Groenewegen yang beraksi bersama pasukan Bike Exchange memastikan Van Aert dari pasukan Jumbo menduduki tempat kedua buat kali ketiga pada perlumbaan sejauh 182km itu yang terakhir di Denmark sebelum saingan kembali ke Perancis.

Van Aert mendahului Yves Lampaert di kedudukan teratas keseluruhan dengan kelebihan tujuh saat manakala Tadej Pogacar di tempat ketiga.

Van Aert juga mengungguli jersi hijau selaku raja pecut.

"Saya tidak sabar untuk beraksi minggu depan di Perancis. Pasukan juga memberi sokongan padu kepada saya. Primoz (Roglic) juga mempunyai keinginan sama dan dia nampak hebat.

"Saya sentiasa mengimpikan untuk memakai jersi warna kuning, tetapi saya tidak menjangkakan peringkat perlumbaan di Denmark ini sesuai dengan saya," kata Van Aert.

Groenewgen digantung selama sembilan bulan selepas menyebabkan kemalangan yang hampir mengorbankan pemenang Sabtu lalu, Fabio Jakobsen.

"Saya sangat gembira untuk Fabio selepas semua yang berlaku," kata Groenewegen yang menyesal dengan insiden pada Jelajah Poland 2020 itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2022 @ 1:57 PM