WOUT van Aert. FOTO AFP
WOUT van Aert. FOTO AFP
AFP

Brussels: Pelumba Belgium, Wout van Aert kembali menjalani latihan kurang sebulan selepas cedera parah dalam kemalangan, pasukannya, Visma Lease a Bike mengesahkan perkara itu dalam catatan di media sosial.

Van Aert mengalami patah tulang selangka, sternum dan rusuk serta merosakkan paru-paru dalam perlumbaan sehari Sekitar Flanders pada 27 Mac lalu.

"Sudah hampir empat minggu dan saya gembira dapat kembali menunggang di luar," kata Van Aert menerusi satu hantaran video.

Pelumba berusia 29 tahun itu terlepas beraksi di Paris-Roubaix dan diketepikan daripada Giro d'Italia.

Van Aert pada mulanya berharap untuk membuat penampilan sulungnya di Giro, yang bermula pada 4 Mei ini selepas pasukannya telah berjaya menyapu bersih tiga Jelajah Utama tahun lalu.

Seminggu lalu, van Aert, menyambung semula latihan di luar dengan basikal bukit sejauh 30 kilometer (km).

Pelumba Belgium itu kemudian dilihat mencapai satu kejayaan baharu dalam proses pemulihannya apabila berlatih menaiki basikal lebuh raya.

Sasarannya musim ini adalah untuk memenangi pingat di Sukan Olimpik Paris, sama ada dalam ujian masa dan perlumbaan lebuh raya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 10:31 AM