VAN Eetvelt juara keseluruhan Tour UAE 2024. FOTO AFP
VAN Eetvelt juara keseluruhan Tour UAE 2024. FOTO AFP
AFP

Jebel Hafeet: Pelumba Belgium, Lennert Van Eetvelt menghasilkan penamat di puncak yang dramatik di Jebel Hafeet untuk meraih kemenangan peringkat terakhir sekali gus muncul juara keseluruhan Tour UAE hari ini.

Pelumba Lotto berusia 22 tahun itu berjaya melarikan diri ketika menuju dua kilometer (km) ke garisan penamat untuk memenangi peringkat peringkat ketujuh sejauh 161km dengan 22 saat meninggalkan Pello Bilbao dan Ben O'Connor.

Dengan kelebihan bonus 10 saat (s) Van Eetvelt berjaya memintas kedudukan teratas, 2s mengatasi pelumba Australia, O'Connor dan Bilbao untuk melengkapkan podium.

Rakan senegara O'Connor dari pasukan UAE, Jay Vine memulakan perlumbaan dengan mengetuai saingan namun harapannya berkecai pada pendakian terakhir.

"Saya menjangkakan satu peringkat yang sukar," kata Van Eetvelt.

"Kemudian apabila kami memulakan pendakian, saya memberitahu diri saya bahawa saya perlu memberikan yang terbaik.

"Saya tidak boleh terlalu gembira," jelas pelumba yang memenangi saingan di Mallorca bulan lalu.

Van Eetvelt hanya menjadi pelumba profesional tahun lalu, membuat penampilan pertama di perlumbaan utama di Vuelta a Espana di mana dia berada di tempat ke-32 keseluruhan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Februari 2024 @ 10:49 PM