LECLERC (kiri) dan Sainz bergandingan semula musim depan. FOTO Agensi
LECLERC (kiri) dan Sainz bergandingan semula musim depan. FOTO Agensi
Agensi

Maranello: Ferrari berkata Carlos Sainz dan Charles Leclerc akan mendapat layanan yang sama pada musim baharu dalam usaha mereka untuk kembali muncul pasukan bergelar juara Formula Satu (F1).

Selepas menduduki tangga ketiga keseluruhan di belakang Mercedes dan Red Bull, Ferrari berharap pembangunan awal yang dilakukan terhadap jentera 2022 akan membantu mereka merapatkan jurang dengan dua pasukan teratas itu.

Ferrari sedar jika kedua-dua pemandunya dapat mengumpul sebanyak mungkin mata maksimum, mereka berpeluang untuk memenangi kejuaraan bagi kategori pengeluar dan pemandu.

Prinsipal pasukan, Mattia Binotto berkata, Sainz dan Leclerc akan mendapat layanan yang sama dan prestasi di atas litar akan menentukan siapakah antara mereka mempunyai kelebihan.

"Untuk pemandu, seperti yang sering kami katakan, aksi di litar akan menentukannya.

"Keutamaan adalah kepada pasukan. Jika mereka mampu bersaing untuk kedudukan yang penting dalam kejuaraan dunia, aksi di litar akan menentukan siapa lebih di depan.

"Jelas sekali kami tidak mampunyai sebarang polisi seperti pemandu nombor satu atau dua.

"Kami akan membincangkannya bergantung kepada kedudukan di litar apabila tiba masanya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Disember 2021 @ 11:15 AM