LECLERC memasuki F1 bersama Sauber pada 2018 sebelum menyertai Ferrari pada tahun berikutnya. FOTO AFP
LECLERC memasuki F1 bersama Sauber pada 2018 sebelum menyertai Ferrari pada tahun berikutnya. FOTO AFP
Reuters

London: Charles Leclerc menandatangani kontrak lanjutan lima tahun dengan Ferrari yang meletakkan pemandu Perancis itu di bawah kontrak pasukan itu sepanjang musim 2029, menurut laporan oleh La Gazetta dello Sport dari Itali.

Kontrak Leclerc bakal tamat pada penghujung 2024.

Pelanjutan itu termasuk kenaikan tahunan lebih daripada AS$27 (RM125 juta) dan kemudian AS$54 juta (RM251 juta) pada tahun terakhir, menurut laporan itu.

Perjanjian itu juga termasuk klausa keluar berkaitan prestasi yang boleh membolehkan Leclerc berunding untuk keluar selepas 2027 jika dia tidak berpuas hati dengan prestasi Scuderia dalam Formula Satu (F1).

Pemandu berusia 26 tahun itu muncul dari musim kelimanya bersama Ferrari, menduduki tempat keempat dalam kedudukan pemandu dengan 206 mata.

Iaitu enam mata di depan rakan sepasukan Carlos Sainz, yang menamatkan saingan di tempat ketujuh, dengan wakil McLaren, Lando Norris berada di antara kedua-dua pelumba dengan 205 mata.

Ferrari juga menduduki tempat ketiga dalam kedudukan pengeluar, hanya tiga mata di belakang Mercedes dan 104 di depan McLaren.

Leclerc meningkat melalui Akademi Pemandu Ferrari dan memasuki F1 bersama Sauber pada 2018 sebelum menyertai Ferrari pada tahun berikutnya.

Dia mengumpul 23 petak utama, paling banyak daripada mana-mana pemandu dalam sejarah tanpa kejuaraan dunia, dan Leclerc gagal memenangi perlumbaan pada 2023.

Sementara itu, kontrak Sainz akan tamat selepas musim depan, laporan La Gazetta dello Sport mengatakan bahawa Ferrari juga sedang mengadakan perbincangan lanjutan dengan pemandu Sepanyol itu.

Sainz memenangi Grand Prix Singapura tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2023 @ 10:57 AM