JOAN Mir dijangka lebih menyerlah pada tahun ini. FOTO AFP
JOAN Mir dijangka lebih menyerlah pada tahun ini. FOTO AFP
Agensi

Tokyo: Ketua projek Suzuki, Shinichi Sahara yakin juara dunia MotoGP yang baharu, Joan Mir akan lebih menyerlah pada musim 2021.

Mir baru memasuki musim kedua di kelas perdana itu dan lima tahun di Kejohanan Motosikal Dunia sekali gus meyakinkan Suzuki bahawa banyak lagi akan dibuktikan oleh pelumba itu.

Aksi konsisten musim lalu mengesahkan Mir untuk muncul juara dunia bersama Suzuki yang kali terakhir melakukannya pada tahun 2000.

"Dia masih muda dan hanya akan memasuki musim ketiga bersama kami. Jadi banyak lagi yang perlu dipelajarinya mengenai jentera dan pasukan.

"Saya rasa selepas memenangi kejuaraan dunia, dia juga semakin matang dan tahu bagaimana untuk berdepan dengan tekanan," kata Shinichi.

Persoalan utama kini ialah adakah gandingan Mir-Suzuki mampu menandingi juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez bersama Honda yang mendominasi perlumbaan itu sejak 2013.

Marquez terlepas beraksi sepanjang musim lalu kerana mengalami kecederaan patah bahu kanan dan masih belum pasti dapat beraksi pada sesi ujian rasmi musim ni.

Rakan sepasukan Mir, Alex Rins juga mampu memberi cabaran selepas menamatkan musim lalu dengan menduduki tangga ketiga keseluruhan.

"Kita juga akan dapat saksikan aksi lebih baik Rins bersaing bersama rakan sepasukan. Tahun lalu dia berada pada tahap terbaik tetapi kemudian berdepan kecederaan," kata Shinichi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 1:54 PM