Pelumba Suzuki Ecstar dari Sepanyol, Joan Mir bersama trofi dimenangi pada perlumbaan MotoGP Eropah di Valencia. FOTO AFP
Pelumba Suzuki Ecstar dari Sepanyol, Joan Mir bersama trofi dimenangi pada perlumbaan MotoGP Eropah di Valencia. FOTO AFP
AFP

Valencia: Pelumba dari Sepanyol, Joan Mir menang perlumbaan MotoGP Eropah di Valencia, yang juga kemenangan pertama buatnya dalam kelas perdana seterusnya menambah kelebihan dalam pungutan mata kejuaraan kepada 37 mata.

Mir mengambil kesempatan ketika pencabar gelaran, Fabio Quartararo terbabit dalam kemalangan pada pusingan pertama manakala rakan sepasukan, Alex Rins memastikan kedudukan satu dua buat Suzuki.

Penunggang Perancis, Quartararo berjaya meneruskan perlumbaan untuk kedudukan ke-14 namun harapannya merebut kejuaraan bertambah sukar berbaki dua perlumbaan musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 10:47 PM