Joan Mir mengesahkan kejuaraan MotoGP di Valencia Ahad lalu. FOTO AFP
Joan Mir mengesahkan kejuaraan MotoGP di Valencia Ahad lalu. FOTO AFP
Agensi

Valencia: Pelumba Honda, Alex Marquez berkata juara dunia MotoGP yang baharu ditabalkan Joan Mir "semakin bijak dan cepat mahir" dalam keseluruhan perlumbaan musim 2020.

Mir dimahkotakan juara dunia 2020 Ahad lalu di Grand Prix (GP) Valencia ketika menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh selepas bermula dari kedudukan ke-12.

Pelumba Suzuki itu mendahului kejuaraan seminggu selepas kemenangan di GP Eropah, yang menyaksikan dia mendahului 37 mata selesa menjelang perlumbaan Ahad lalu.

Mir memastikan lebih banyak kedudukan podium berbanding pelumba lain pada musim ini dengan tujuh kedudukan termasuk kejayaannya dalam penamat keseluruhan serta dua perlumbaan daripadanya dia berada dalam kelompok lima teratas.

Ia sangat berbeza dengan pendahulu mata sebelum itu, Fabio Quartararo walaupun mencatat tiga kemenangan namun dia tidak berada di podium dan hanya satu kedudukan di kelompok lima teratas sepanjang musim.

"Memang, dia konsisten," kata Marquez apabila ditanya mengenai kejuaraan dimenangi Mir.

"Jika sesiapa sahaja yang mempamerkan aksi konsisten sepertinya, mungkin ia saingan kejuaraan yang berbeza.

"Kami mempunyai kejuaraan yang kebiasaannya dari permulaan awal musim anda dapat lihat dengan jelas siapa yang akan bergelar juara tetapi tahun ini sangat berbeza dan pelik.

"Terlalu banyak pasang surut, terutamanya daripada pelumba Yamaha. Begitu juga [Andrea] Dovizioso yang tidak begitu konsisten.

"Tetapi dia [Mir] berada di situ, dia bijak, dan melakukan tugas dengan bagus untuk memenangi kejuaraan itu buat Suzuki. Dia lebih bijak dan semakin matang dari semua orang."

Marquez berkata Mir meraih kejuaraan itu hanya dalam tempoh dua tahun berada dalam kelas perdana seterusnya memberikan dirinya "lebih motivasi" untuk lebih cemerlang pada 2021, tetapi mengakui dia menjangkakan penyertaan kembali abangnya, Marc Marquez akan menjadikan saingan perlumbaan kembali bertambah sukar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 2:54 PM