Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Hannah Yeoh ( tiga kanan) menyampaikan tali pinggang Menteri KBS kepada peserta Malaysia, Putera Iskandar Mohd Ezry. / Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Hannah Yeoh ( tiga kanan) menyampaikan tali pinggang Menteri KBS kepada peserta Malaysia, Putera Iskandar Mohd Ezry. / Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Taiping: Peserta dari Malaysia berjaya mengungguli Tali Pinggang Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam acara Malaysia International Muay Championship 2024 (MIMAC) kategori Profesional yang berlangsung pada malam tadi di Dataran Warisan, Taiping.

Putera Iskandar Mohd Ezry,16, berjaya mengalahkan peserta dari Thailand, Phet Manang, dalam tiga pusingan sebelum dinobatkan sebagai juara.

Kejohanan MIMAC itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh.

Beliau yang kelihatan teruja dengan kejohanan terbabit turut mengumumkan Geran Padanan Sukan sebanyak RM200,000 daripada KBS untuk kejohanan MIMAC serta Peruntukan Khas sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Tomoi Negeri Perak.

Dalam masa sama, Kah Woh juga turut memberikan peruntukan RM50,000 untuk kejohanan MIMAC ini.

Menurut Hannah, pada tahun ini sahaja, sebanyak RM846,000.00 telah diluluskan untuk enam siri kejohanan Muay Thai di bawah Geran Padanan Sukan.

Sementara itu Presiden Persatuan Tomoi Negeri Perak, Mohd Ezry Azamin berkata sasaran Malaysia untuk memenangi sekurang-kurangnya enam dari 12 tali pinggang yang dipertandingkan hampir tercapai apabila memenangi tiga kategori yang dipertandingkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2024 @ 1:14 PM